Tentang SM
Terdapat beberapa kisah pembantu dalam peperangan pada zaman Rasulullah SAW yang menunjukkan semangat kepahlawanan dan pengorbanan. Antaranya ialah kisah Nusaybah binti Ka’ab (Ummu ‘Ammara), seorang wanita yang menjadi perisai manusia bagi melindungi Rasulullah SAW daripada serangan musuh. Selain itu, terdapat juga kisah Abdullah bin Zubair yang menyertai peperangan pada usia yang muda, iaitu 12 tahun
Kisah-kisah ini menunjukkan bahawa pembantu dalam peperangan zaman Rasulullah SAW terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, termasuk wanita dan golongan muda. Semangat kepahlawanan dan pengorbanan mereka sangat tinggi, membuktikan bahawa Islam menggalakkan umatnya untuk mempertahankan agama dan negara.
Dalam kontek jemaah sekarang, saling membantu sesama ahli kariah dengan menggerakkan sukarelawan dalam mendekatkan diri bersama kariah yang dalam kesukaran.
Sedekah Jariah Berpanjangan
Bantuan Ambulan
Bantuan bukan kecemasan kepada ahli kariah
Ambulan Komuniti
Kerjasama antara Klinik & Hospital diseluruh Kawasan Saujana Utama
Sukarelawan
Hubungan ukhwah antara ahli kariah, Masjid, Klinik & Hospital
Sahabat Masjid
“Dan hendaklah kamu tolong-menolong untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan.”
Dalam fasa pertama ini, NGO ini akan memainkan peranan dengan menyediakan perkhidmatan BUKAN KECEMASAN, yang mana keperluan ini pada masa ini adalah semakin mendesak. Ini kerana, kawasan sekitar ini semakin membesar, merangkumi pelbagai lapisan masyarakat & keperluan seperti warga tua yang semakin meningkat, anak-anak yang berkeperluan khas, mereka yang memerlukan rawatan susulan dan sebagainya.
Manakala dalam fasa kedua NGO ini bercadang untuk meluaskan perkhidmatan AMBULAN KECEMASAN, bilamana masa menunggu untuk mendapat rawatan kecemasan dapat dikurangkan. Jika sebelum ini, sekitar 60 – 120 minit diperlukan untuk ambulan sampai ke kawasan kemalangan di kawasan sekitar Saujana ini, dengan adanya Van Ambulan Komuniti ini kelak, masa menunggu ini dapat dikurangkan sehingga 40 minit. Ini bermakna, jika berlaku kecemasan, hanya 20 minit sahaja diperlukan untuk sampai ditempat kejadian. Masa ini dapat diterjemahkan dengan memberi bantuan kecemasan awal, dan dalam masa yang sama, mengurangkan risiko kematian.