Tentang Kami
Gabungan 3 Masjid dikawasan Saujana Utama (Masjid Saujana Utama, Masjid An Nur & Masjid Desa Coalfields) dalam memberi khidmat komuniti kepada seluruh ahli kariah yang memerlukan bantuan sokongan perkhidmatan ambulan & bantuan lain.
Bantuan ambulan amat diperlukan apabila berlaku kejadian yang tidak diingini.
Kawasan sekitar ini secara progresif nya bergerak ke komuniti menua. Khidmat sokongan berupa banutan sokongan amat diperlukan dalam menjaga kesejahteraan ahli kariah.
AJK Utama PERTUBUHAN KEBAJIKAN SAHABAT MASJID
Jom bersama NGO Sahabat Masjid ini dalam menabur bakti antara ahli jemaah dalam memberi khidmat masyarakat kepada keluarga sendiri dan juga ahli kariah secara amnya
Keperluan amar ma’ruf nahi munkar (mengajak kepada kebaikan, mencegah kemungkaran) adalah asas kepada kesejahteraan ummah dan keredaan Allah, di mana ia adalah tanggungjawab setiap individu Muslim (fardu ain) untuk memastikan masyarakat sentiasa di landasan yang benar, mencegah bala bencana daripada turun, dan doa dimakbulkan, mengikut keupayaan masing-masing dari peringkat rumah tangga hingga masyarakat, dengan cara hikmah dan berilmu.
Misi
Bantuan perkhidmatan ambulan meliputi bukan kecemasan yang mengalami masalah fizikal, medikal, neurologikal dan psikologikal yang memerlukan perkhidmatan pengangkutan bukan kecemasan.
Asas perkhidmatan pengangkutan pesakit ini merangkumi daripada beberapa klasifikasi atau kategori seperti keperluan pengangkutan bukan kecemasan ; rawatan harian pesakit ke pusat hemodialisis, temujanji pesakit ke klinik pakar atau pusat fisioterapi.
Keperluan pengangkutan pesakit ini semakin meningkat disebabkan oleh beberapa faktor terutamanya yang melibatkan kepada komplikasi penyakit yang menyebabkan pesakit kehilangan fungsi tubuh badan normal seperti lumpuh, koma dan sebagainya.