Sukarelawan

Sukarelawan dakwah merupakan barisan tulang belakang penting dalam pelaksanaan usaha dakwah. Dunia global serta masyarakat yang semakin kompleks menjadikan medan dakwah berhadapan dengan pelbagai kekangan. Situasi ini menuntut usaha bagi memperkasakan golongan sukarelawan dakwah untuk berperanan sebagai kumpulan sokongan yang membantu usaha dakwah.

 

Matlamat utama sukarelawan adalah  ialah mencari keredaan Allah dengan membantu golongan memerlukan disekitar Saujana Utama serta golongan (fakir miskin, yatim, OKU, mangsa bencana) secara ikhlas, menzahirkan sifat kemanusiaan dan nilai murni, serta mengukuhkan masyarakat dengan berkongsi kebaikan, sebagai tanda syukur dan meraih ganjaran pahala dunia akhirat. 

i.      Perkhidmatan Sokongan Sosial, Bimbingan & Kaunseling
ii.     Khidmat Pemulihan dan Kesihatan, Pendidikan Moral dan Akademik
iii.   Program Keagamaan, Sukan, Kebudayaan & Kesenian
v.     Program Khidmat Bantu Di Rumah (Home Help Services)
vi.   Pengurusan Bencana

 

Misi

Gerakan membantu insan memerlukan berdasarkan nilai-nilai Islam, merangkumi bantuan kecemasan, pembangunan jangka panjang, pendidikan, kesihatan holistik, dan pembelaan golongan tertindas

Visi

Mewujudkan dunia yang prihatin dan berdaya maju berasaskan nilai-nilai Islam, memperkasakan belia dalam kebajikan, dan memberi bantuan kemanusiaan kepada ahli kariah setempat

Sertai Sekarang / Daftar di laman ahli

Sahabat Masjid menyediakan  platform untuk ahli kariah untuk berdakwah dengan menjadi sukarelawan. Aktiviti bersefit setempat dalam menyantuni ahli kariah seramai 120,000 diseluruh Saujana Utama ini. Semoga mendapat pahala hendaknya, InsyaAllah

 

Membantu ketika Sukar

Kariah Seluruh Saujana Utama

Dana Diperlukan

Ambulan Diperlukan

Kami mencari seramai mungkin ahli kariah yang ingin menyumbang wang mereka sebagai wakaf NAIK TARAF AMBULAN & BARU bernilai RM395,000